Bersambung daripada artikel Masjid (Mosque of) Batu Yon, Bukit Betong, Pahang.
Continuing from the article Masjid (Mosque of) Batu Yon, Bukit Betong, Pahang.
Masjid tadi terletak berhampiran puncak sebuah bukit yang dipanggil Bukit Kota. Di puncak bukit iaitu berhadapan masjid terdapat sebuah tanah perkuburan Islam.
The mosque previously mentioned is located close to the summit of a hill called Bukit Kota. At the summit of the hill which is in front of the mosque lies a Muslim burial ground.
Saya diberitahu di sini terdapat makam beberapa orang Maharaja Perba Jelai, satu jawatan orang besar negeri Pahang.
I was told here lies the tombs of a number of Maharaja Perba Jelai, a position for a nobleman of the state of Pahang.
Ia adalah satu daripada orang besar 4 Pahang. Jawatan ini sudah wujud sejak 400 tahun lalu tetapi ketika itu sebagai pemerintah wilayah hulu Pahang.
It is one of the (main) 4 nobleman of Pahang.This position has exisred since 400 years ago but at that time as the ruler of the region of inner upriver Pahang.
Tulisan pada nesan ini nampaknya menunjukkan ia milik seorang ahli keluarga Maharaja Perba Jelai yang hidup 1938-1993.
The writings on this tombstone look like it shows that it belongs to a member of the Maharaja Perba family who lived 1938-1993.
Yang ini juga nampaknya milik seorang ahli keluarga. Tak pasti jika beliau pernah memegang jawatan Maharaja Perba Jelai.
This one also looks like belonging to a family member. Not sure if he has held the position of Maharaja Perba Jelai.
Pada batu nesan ini baru saya nampak tulisan gelaran Tok Raja tertera menandakan ia milik seorang Maharaja Perba Jelai.
It was on this tombstone that I started seeing writings of the title Tok Raja which signifies that it belongs to a Maharaja Perba Jelai.
Begitu juga pada batu nesan ini. Kalau tak salah ingatan seorang warga tempatan memberitahu terdapat 4 orang Maharaja Perba Jelai disemadikan di tanah perkuburan atas Bukit Kota.
So is the case with this tombstone. If memory serves me right a local told me that 4 Maharaja Perba Jelai were laid to rest in the burial ground on top of Bukit Kota.