Salam. Merujuk pada pengenalan dalam artikel Rupa baru masjid Jelawang (New look of the mosque of Jelawang) yang dibuat 4 hari lalu.Adapun pengembaraan yang disebut dalam pengenalan itu telah berjaya diselesaikan Sabtu lalu. Sekarang bersambung cerita daripada artikel seterusnya iaitu Muzium tempatan di (Local museum at) Khun Laharn..
Peace be upon you. Referring to the introduction in the article .Rupa baru masjid Jelawang (New look of the mosque of Jelawang) made 4 days ago. As it is the travel mentioned in the article has been safely concluded last Saturday. Now let us continue the story from the next article, Muzium tempatan di (Local museum at) Khun Laharn.
Jumaat 13 Januari 2017 lewat malam kami sampai ke bandar Patani lalu menginap di sebuah hotel besar. Esoknya Sabtu 14 Januari kami menghadiri satu forum di sekolah Amanasak di mana terdapat masjid ini.
Friday 13th January 2017 late at night we arrived at the town of Patani and lodged at a big hotel. Tomorrow Saturday 14th January we attended a forum at Amanasak school where lies this mosque.
Sekolah Amanasak merupakan salah satu sekolah menengah terbaik di selatan Thailand. Masjid ini menggambarkan komitmen sekolah mahu menghidupkan syiar agama Islam.
The Amanasak school is one of the best secondary school in southern Thailand. This mosque gives picture to the commitment the school has to enliven up the light of Islam.
Untuk makluman majoriti penduduk wilayah Patani adalah orang Melayu beragama Islam.
For information majority of the population of the province of Patani are Malays who are Muslims.
Patani asalnya adalah sebuah kerajaan besar Melayu Islam yang memiliki wilayah hingga berpuluh kali lebih besar berbanding sekarang.
Patani originally was a big Malay Muslim kingdom which covers a province up to tens of times much bigger compared to nowadays.
Tetapi selepas kalah perang kepada kerajaan Thai penghujung abad ke-18 Masihi wilayah kekuasaan Patani mula dipecah-pecahkan.
But after losing a war to the kingdom of Thai at the end of the 18th century AD provinces under Patani started to be broken up.
Lalu sebahagian wilayah termasuk kawasan pusat diserapkan masuk ke dalam selatan negara Thailand.
And thus parts of the provinces including the central one was absorbed inside the south of Thailand.