Bersambung daripada Lawatan baru (New visit to) Muzium Ngah Ibrahim.
Continuing from Lawatan baru (New visit to) Muzium Ngah Ibrahim.
Di sebelah Kota Ngah Ibrahim terdapat rumah yang disediakan untuk ketua polis yang digaji oleh beliau.
Besides the fort of Ngah Ibrahim lies a house which was provided for the head of police under his employment.
Ia adalah untuk menjaga keamanan di wilayah Larut yang berada di bawah pentadbiran beliau sekitar tahun 1850an hingga 1870an.
It was to maintain peace in the region of Larut which was under his administration around the years 1850s to 1870s.
Sekarang, seperti rumah dan pejabat Ngah Ibrahim ia juga telah dijadikan muzium...
Now, just like the house and office of Ngah Ibrahim it as has also been turned into a museum...
Malah ia adalah sambungan daripada Muzium Ngah Ibrahim.
In fact it is an extension of the museum of Ngah Ibrahim.